Friday, February 6, 2009

Kenalilah diri anda...

Anda bersifat TERGESA-GESA.
sebenarnya manusia dicipta sebegitu rupa sebagai satu ujian dan cubaan.Ini dipetik dari sepotong ayat suci al quran dari surah al isra' ayat 11 yang bermaksud " ...dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa ". Membicarakan tentang tajuk ini sedar tidak sedar kita dapat menyaksikan terlalu banyak tindakan dan perbuatan manusia yang menunjukkan mereka bertindak melakukan sesuatu itu secara tergesa-gesa. Istilah lain yang seerti dengan tergesa-gesa ialah tergopoh-gapah, terburu-buru, terlalu laju, tidak sabar... dalam loghat kelantan disebut ' loghat atau ggaduh '. Ertinya manusia mahu mendapatkan sesuatu itu dengan kadar yang segera tanpa berfikir panjang. Lebih bahaya lagi manusia akan menggunakan apacara sekalipun untuk mencapai cita-citanya. Mereka menggunapakai kaedah ' matlamat menghalalkan cara '. Sifat sebegini sebenarnya begitu mendarah daging dalam diri setiap insan namun perlu diingatkan hanya insan yang ada sifat taqarrub ila Allah sahaja berjaya memelihara dirinya dari sifat keji tersebut.
SEGERA atau SEMERTA
Dalam banyak kes manusia memang suka mendapatkan sesuatu secara segera. Semua mahu berlaku dengan cepat. Makan mahu cepat, minum mahu cepat - maka terciptalah makanan segera, kaya mahu cepat - maka terciptalah sistem cepat kaya, berkenderaan mahu cepat, berkahwin mahu cepat, gaji mahu cepat, mohon kerja mahu cepat dapat, apabila dapat kerja...bekerja mahu cepat tamat kerana nak rehat...bukan cepat selesaikan kerja, naik pangkat mahu cepat, belajar pun mahu cepat hatta solat pun mahu cepat. Maka terjadilah ' shortcut ' dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ini amat bertentangan dengan ajaran agama yang mahukan umatnya melakukan sesuatu pekerjaan secara tekun dan berhati-hati.